Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu dasar dan garis panduan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung kebenaran aktiviti pembakaran serta penjualan bungai api dan mercun.<br /><br />Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata pdrm mengikuti apa jua garis panduan dan dasar yang ditetapkan KDN.
